Hampir satu Malaysia

Masa aku study dulu, aku ada kawan baik. Hmm. Baik tak baik juga lah. Dimana susah senang aku kawan2 aku pun rasa, bila susah senang mereka, aku jugak turut rasa. Tapi tak lama aku study kat U, aku malas nak repeat paper so aku quit bila aku dapat result, cume sem 1 je aku study.

Aku quit tiada siapa pun yang tahu even kawan2 baik aku pun. Iaitu 5 orang. Semua lelaki dan aku seorang je perempuan. Hehee. Bukan gatalnye tapi aku senang kawan dengan lelaki. 

Sebaik jee aku keluar dari blok asrama perempuan terus jalan dengan classmate aku budak lelaki, sampai la ke class. But sementara nak sampai class jumpa budak2 yang lain jalan la sekali pergi class masing2 tapi semua lelaki, aku jee perempuan. Kalau tak pun, aku jalan sorang ke class. Sebab tade terserempak dengan sesiapa. Tapi selalunya ada jee yang menegur and jalan sekali dengan aku. Kalau ada perempuan mesti budak2 lelaki sedikit heran. Tapi kawan2 perempuan aku dah tak kesah tgk aku lepak2 dengan lelaki. Mula2 ada laa suara2 sumbang, kata itu, kata ini, tapii aku buat dek jee. Bila classmate perempaun aku dah kenal aku macam mana. Derang pun sama jee cuma malu dengan lelaki nak kena cover la apa la, dengan aku slumber jee.

Membe dengan lelaki bukan apa, hati kita kena kering sebab lelaki kan cakap kasar, lepas, untung saja aku tade perasaan so tade masalah kalau jumpa orang yg cakap lepas ni. Kan lelaki !?? jangan nak menafikan nya, kenyataan !!

Bila aku quit dari U, aku bawa diri aku ketempat lain untuk mencari ketenangan la konon nya. Macam tension gitu 6 bulan study non stop. Hampir kesemua negeri kat malaysia nii aku jalan, dengan sorang diri tanpa kawan atau sesiapa.. Takut tu memang lah ada tapi belajar la lihat dunia nanti 'batak' pulak.


Aku deactivate segala laman web yang aku ada sebaik aku quit dari U. Number fon pun aku off. Aku guna number lain untuk sementara waktu untuk contact dgn family sahaja. Facebook, twitter, ym, bb, skype and apa saja lah yang boleh menghubung aku dengan kawan2 tempat aku study. Lepas habis cuti semua budak2 U masuk balik study, semua budak2 hairan mana aku? Kenapa aku takda? Semua call aku untuk tahu dimana aku berada?  Akhirnya, bila classmate aku check name aku takde. Name aku dah quit, semua orang terkejut macam babon. Tapi, bukan aku seorang sahaja yang quit, ada beberapa orang lagi. Tapi yang mangdahsat kan keadaan adalah cuma aku seorang shja perempuan yg quit dari class tu. Haha!

Aku tahu, aku tak sepatutnya bertindak sedemikian, sebab langsung takde seorang pun tahu kedudukan aku kat mana. Even kawan2 baik pun tahu aku dimana. Lepas lama aku mendiam kan diri. Aku balik ke tempat asal aku. Itu pun sebab, Ibu aku suruh balik takut aku seronok kat tempat orang lupa pula tempat sendiri nanti. Aku pun balik rumah. Rupanyaa, ada yang mencari aku sehingga kerumah. Lelaki pulak tu. Wahhh! Aku pun terkejut bila aku sendiri dengar cerita dari abang aku. Abang aku terpaksa menipu kawan2 aku yang datang rumah aku dengan niat ikhlas nak tahu situation aku macam mana. Tapi abang aku takde call aku pulak. Haishh.

Abang aku terpaksa la kenceng kawan2 aku, 'tak ada, diaaaaaaaaaaaa duduk kat rumah makcik dia kat korea. Maaf sangat2'. Bila aku dengar abang aku cakap mcm tu aku gelak macam nak gilaa. Jauh sungguh abang aku punya terbang. Padahal aku dalam malaysia jee. Haissssh. Tapi kawan2 aku banyak sungguh soalan dekat family aku, kemana aku? kenapa aku tak study? akhirnya ibu aku menyelamatkan situation. 'Lebih baik kamu semua tanya sendiri pada tuan punya badan bila kamu dah dapat hubungi dia nanti' Akhirnya kawan2 aku pulang dengan perasaan yang hampa, setelah sebulan kawan2 aku study, aku pulang ke rumah dan berjumpa dengan kawan2 aku. Aku pergi sendiri ke U, tempat aku belajar dulu. Dengan sedikit penampilan aku yang berbeza kawan2 aku tak kenal aku dah. Yelaaaa, aku kan berkawan dengan lelaki jee, pakai simple2 sahaja, no makeup, no over dress, tak cakap kasar2 lagi dah.

Bila seorang menyapa aku 'weyhh... kau .....?' aku pun senyum, untung saja kawan2 aku kenal dengan senyuman aku. Derang pun menjerit bagai nak gilaa. Call siapa yang kenal aku atau yg mencari aku bagi tahu aku ada kat U. Hahaha! Rasa macam artis kot. Diselubungi kawan2. Haihhh, baru 4 bulan aku menghilang dah rindu aku sangat kawan2 aku nii.

Jadi aku ceritalah segalanya pada kawan2 aku dan mereka puas hati dengan cerita aku dan faham kenapa aku menghilang. Aku nak ketenangan sebab tu aku menghilang, bukan sebab putus cinta yee! Bila dah hampir setengah hari aku kat situ. Aku nak balik rumah, semua nak halang aku bagai. Haihhh, 'sini bukan tempat aku lagi' itu saja yg aku mampu kata utk mereka lepas kan aku. Tiba2 ada suara yang bertanya pada aku. 'kau datang lagi tak nanti?' aku terdiam. Sebelum aku berangkat untuk ke U aku, aku dah terniat sesuatu perkara iaitu aku mungkin tak akan kembali lagi ke sini. Kalau aku berjumpa kawan2 aku ni kat luar jelah, iu pun kalau kenal. So bila kawan aku tanya benda tu aku terdiam, dan aku cakap.



'InsyaAllah, aku tak janji aku datang lagi, tapi jangan mengharap sangat aku akan datang, dan aku mintak biar semua perkenalan kita jadi kenangan sahaja. Kalau korang nak lupa kan aku pun aku tak kisah' itu saja aku cakap, aku tak tahu pulak kata2 aku tu sedeh, sampai ada yang menangis. Haihhh. Tapi ada suara yang membalas kata2 aku tadi. 'Macam mana kami nak lupakan orang gilaa mcm hang, tak betoii macam hang, peneman sedeh macam hang, belajaq sama2 sampai subuh dengan hang, dan orang yang sentiasa senyum walau dihina, dikutuk, dperli, disisih. Orang yang sentiasa bangun dengan kaki sendiri berusaha dengan diri sendiri.' Wahhhhhhhhhhhhh! Terharu mak dengar kata2 kawan aku yang sambung menyambung memuji aku. Hadoiiii. Nak hidup buat lahh semua nyaa sendiri nok.

Then aku pun pulang lepas jumpa kawan2 baik aku, roommate aku, classmate aku, sesiapa lah yang kenal aku sebagai wanita yang bertopengkan lelaki nii! Hahahaha :)

Tapi bukan kawan2 U aku sahaja yang mencari aku bagai nak gilaa. Kawan2 aku yang lain pun mencari aku jugak. Kawan2 sekolah, kawan2 facebook, tertanya2 kemana aku menghilang, dan sehingga sekarang masih ada kawan2 aku yang tak tahu aku dah quit dari UiTM. Bila mereka tanya aku tak busy dengan assignment ke, aku jawap jee tak, bila kawan2 aku tanya aku kat mana, aku jawap jee aku kat rumah, cuti. Then derang mcm paham sendiri and tak tanya apa2 lagi dah. So after ni lepas I sambung belajar kat KL, kolej jee. Aku dah ada jawapan untuk sesiapa yg bertnaya aku diamana aku belajar sekarang.

Pengajaran nye pon ada jugak, aku tak boleh terlalu rapat dan mesra dengan kawan2 aku sangat. Tahu sangat tentang hidup aku. Lagilah, aku nii jenis misteri sikit. Hehee.

Kalau ada yang menziarahi blog nii, aku tahu korang tak mengenali aku. Tapi aku minta maaf sangat2 :'(


No comments:

Post a Comment