Itu laa sebabnyaa dan R !!?

kenapa aku buat blog ??

Aku dah lama teringin nak buat blog untuk cerita segala-galanya benda yang sekeliling aku. Sebab aku tak ada sesiapa yang aku nak cerita. Nope! I mean, I have a family, friends yang boleh aku share cerita, tapi aku pilih tak, dari bercerita kerana aku seorang yang kuat berahsia :)

Aku tak selalu share cerita kat kawan2 aku. I keep my secret sampai bile2 kadang sampai aku sendiri dah tak ingat secret tu. Bukan sebab aku tak percaya kan my friends, family. Tapi bukan semua benda kita boleh share kann :)

Ok. Family aku bukan macam orang lain. Boleh bawa berbincang, mendengar masalah each other, bantu membantu. Kalau dibandingkan family aku macam pelik pun ada jugak. Tapi bukan semua family sama dalam dunia nii atau mungkin aku terlalu taksub tengok drama melayu kot yang terlalu sempurna dalam sesebuah keluarga. Kesempurnaan tu ada caranya dalam sesebuah keluarga niii. But the problem is, aku akui family aku memang pelik. Aku bukan lah ingin 'membuka pekung di dada' mencerita keburukan family sendiri. Selama aku hidup la aku rasa, aku berkawan aku tak akan pernah cerita pasal family aku dekat kawan. Lainlah jiran2 kenal family aku macam mana, itu kenal rumah jeee. Hehehe

 Kalau ada kawan2 aku tanya pasal family aku, mesti aku pusing cerita or tukar tajuk. Tapi kawan2 aku perasan jee yang aku tak pernah cerita pasal family. Aku malas laa nak cerita bab2 family nii kat kengkawan. Tapi aku tak tahu kenapa aku tulis kat blog aku pasal family, sedang lagi ramai boleh baca. Hadoiiii. Tapi you guys yang ada mengziarahi blog nii tak kenal I kan??? Hehehe.

Look! Identity blog aku pun, tak ada siapa tahu. Tapi aku senang dengan family aku. Aku bersyukur dengan apa saja aku ada. Mungkin nii bahagian aku, dan aku terima seadanyaa. Blog adalah macam diary pada aku. Tapi masih boleh dibaca oleh umum. Aku cerita kan apa saja yang terjadi pada diri aku, hati aku, family aku atau sekeliling aku. Macam tulis kat wall facebook activity kitaa kan and twitter. Benda sekeliling kita lah. Tapi aku lebih suka hadap blog. Hehehehe ~

Kadang kan kawan2 aku pun tak tahu sangat peragai aku macam mana. Tapi ada sorang kawan aku yang ada sixth sense nii suka membaca aku. Sampai tahu aku nii jenis macam mana, disebab kan dia pandai tutup mulut so cuma dia dengan aku saja laa yang tahu. Bukan nama sebenar R. Ada beberapa yang aku ingat R aku bagi tahu kalau R baca mind aku. Aku ni seorang yang mesteri. Apa yang misterinya pun aku pun tak tahu, dan R bagi tahu lagi aku nii kuat berahsia. Haaaaa! Yang tu tepat sekali. Dan lagi aku ni terima saja apa kata orang baik mahu pun buruk. Ikut kan banyak lagi, tapii aku tak ingat. Malas nak ingat. Heee ~

Macam mana pun aku, kawan2 aku baca kee agak ke, cuma aku seorang jee tahu macam mana diri aku kannnnnnnnnnn?


Susahnya hidup

Nak tahu sesuatu tak?

Hmm. aku ni seorang yang tek reti memasak. Hehehe. Ibu aku cukup hebat kalau ke dapur tapi anak perempuan diaa ni. Hmm masalah sikit kalau ke dapur. Aku memang tak tahu lagsung memasak. Tapi !! Masak air aku reti lahh, masak telur ke, sardin ke, meggi ke. Hehehe. So kalau ibu aku balik kampung, aku terpaksa lah keluar carik makan. Hahaha! ikut kan kat rumah ada yang boleh dimasak tapi aku tak reti. Yeahh, bila ditanya pada kawan2 atau sesiapa2 pun 'masakan siapa yang paling sedap?' pasti akan dijawap 'Ibu la.' 'Mak laa.' 'Umi la.' Tak akan ada tandingan nyaa masakan ibu kita ni kan. Tapi mak aku pernah pesan kat abang aku 'sudah kahwin suatu hari nanti bila isteri kau masak tak sedap jangan puji masakan mak kau lagi sedap dari isteri kau. Kecik hati bini kau nanti.' 'Memang lah isteri tak akan cakap apa2 kalau suami diaa kata masakan mak dia lebih sedap berbanding isteri dia. Tapi terasa lah isteri kau tu nanti.' And I pun terfikir. Aku ni dah la tak reti memasak hmm kahwin nanti makan luar jelah. Tapi kalau kayo tak po lah juga hari2 makan luar. Haihhh ~

Cuma seorang abang aku mewarisi kehebatan ibu aku ketika masak. Yang lain semua hampeh termasuk lah aku. Aku lah pun yang bakal menjadi mangsa bahan abang aku kalau tak reti masak ni. Time tu jugak laa aku rasa nak keluar dari rumah tu. Tanak duduk serumah dengan abang2 aku, Buat sakit hati. Tapi kalau keluar nak pergi mana? Haihhh ~

Tapi aku minat suatu benda dari aku kecik lagi, aku nak jadi iaitu ASKAR !! kenapa nak jadi askar. Bila suatu hari aku kemuka kan pada family aku, aku nak jadi askar semua tak setuju, yelahh sebab aku seorang je perempuan in the house. Lagi ayah aku, sangat2 laa melarang aku untuk jadi askar. Tapi tidak kah ayah aku lupa yang ayah aku dulu pun seorang askar dan sudah pencen. Hidup ayah aku pun pernah dijajah. Tapi anak2 lelaki ayah aku tak ada seorang pun yang teringin nak jadi askar cuma anak perempuan dia sorang yang beria nak jadi askar. Sedih aku bilaa ayah aku tak izin kan, apatah lagi abang2 aku sgt tak suka aku jadik askar. Family aku tak percaya yang aku boleh jaga diri aku, belajar hidup berdikari, hidup susah, benda kotor, penat, lumpur. Ada banyak perkara yang family tak tahu pasal kegiatan aku. Bukan kegiatan haram yee!

Aku bukan nak merahsia kan pada family aku tapi family aku yg tak percaya kan aku, yang aku boleh buat semuanya. Aku bukan lah dari keluarga yang senang. Ayah aku dah pencen, ibu aku tak kerja. Abang aku cuma seorang saja yang dah kerja tetap. Seorang lagi tengah belajar. Then ada lagi yang tengah dok sebok carik kerja yang hampir 5 ke 6 tahun tapi tak dapat2 kerja tetap, mcm mana nak kahwin. Haihhh ~

Aku seorang yang tak minat belajar, tapi aku suka buat kerja. Habis je sekolah dulu aku terus kerja sampai aku dapat sambung belajar, tapi disebab kan aku kurang pandai aku tak dapat sambung untuk next sem. So aku redha sebab aku tahu kemampuan aku macam mana. Kannnnnnnnn ?

Jadi kenapa aku sambung belajar balik. Apa niat aku sebenarnya. Haihhhh. Ada seperkara kenapa aku pilih untuk sambung belajar kat KL. Aku dengan family aku bakal berpindah ke P****. Jadi selepas tamat belajar aku tak kerja dan tak buat apa2. Then ibu aku berikan aku pilihan, ikut ibu dan ayah aku pulang ke kampung atau kerja atau belajar atau kahwin. Tak kanlah aku nak duduk dekat P****. Aku tanak, atau nak kahwin, weyhh aku nii muda lagi pastu macam tak layak sangat nak jadik bini orang. Nak kerja aku kena ada pengankutan sendiri. Abang aku memang tak akan tolong lah aku ni. Lagi2 aku ni perempuan, mestilah abang2 aku suruh aku ikut family aku stay kat P**** selamanya. hidup kat sana. Aku cuba untuk elak kan. Hehee. Jadi aku pilih sambung belajar kat KL then aku akan cuba cari kehidupan kat KL tanpa abang2 aku. Aku pun tak tahu la kenapa abang2 aku sisih kan aku sangat. Tahu laa kita tak sama kulit, tak sama perangai, dan aku tak kesah pun kalau abang2 aku tak mengaku aku adek. Tak hadap! Abang2 aku tak pernah tolong susah senang aku.

Ehhh eh! Aku bukan nak cerita pasal family aku lah. Ishhh. Jadi sebab tu lah kenapa aku pilih untuk sambung belajar di KL. Tapi tak elok jugak niat aku macam nii sebab nak lari dari family, pergi jauh dari abang2. Karang tak pasal2 fail aku exam nanti. Astarafirullahhalazim ~~

Tapi ibu aku setiasa sokong jee apa pilihan hidup aku. Susah senang ibu aku yang banyak nasihat kan aku jadi budak perempuan yang sentiasa kuat walaupun masalah sekeliling kita and aku sayang ibu aku sangat2. Tapi aku tak pernah cakap aku syg cuma aku bagi sesuatu pada ibu aku bila ibu aku sebut apa saja yang ibu aku nak. Itu pon kalau tak mahal lah dan senang dicarik! Hehehee ~

Kalau ada yang mengziarahi blog nii. Doa kan supaya aku, kau, kitaa semua success dalam hidup di dunia dan di akhirat. InsyaAllah amin!



Hampir satu Malaysia

Masa aku study dulu, aku ada kawan baik. Hmm. Baik tak baik juga lah. Dimana susah senang aku kawan2 aku pun rasa, bila susah senang mereka, aku jugak turut rasa. Tapi tak lama aku study kat U, aku malas nak repeat paper so aku quit bila aku dapat result, cume sem 1 je aku study.

Aku quit tiada siapa pun yang tahu even kawan2 baik aku pun. Iaitu 5 orang. Semua lelaki dan aku seorang je perempuan. Hehee. Bukan gatalnye tapi aku senang kawan dengan lelaki. 

Sebaik jee aku keluar dari blok asrama perempuan terus jalan dengan classmate aku budak lelaki, sampai la ke class. But sementara nak sampai class jumpa budak2 yang lain jalan la sekali pergi class masing2 tapi semua lelaki, aku jee perempuan. Kalau tak pun, aku jalan sorang ke class. Sebab tade terserempak dengan sesiapa. Tapi selalunya ada jee yang menegur and jalan sekali dengan aku. Kalau ada perempuan mesti budak2 lelaki sedikit heran. Tapi kawan2 perempuan aku dah tak kesah tgk aku lepak2 dengan lelaki. Mula2 ada laa suara2 sumbang, kata itu, kata ini, tapii aku buat dek jee. Bila classmate perempaun aku dah kenal aku macam mana. Derang pun sama jee cuma malu dengan lelaki nak kena cover la apa la, dengan aku slumber jee.

Membe dengan lelaki bukan apa, hati kita kena kering sebab lelaki kan cakap kasar, lepas, untung saja aku tade perasaan so tade masalah kalau jumpa orang yg cakap lepas ni. Kan lelaki !?? jangan nak menafikan nya, kenyataan !!

Bila aku quit dari U, aku bawa diri aku ketempat lain untuk mencari ketenangan la konon nya. Macam tension gitu 6 bulan study non stop. Hampir kesemua negeri kat malaysia nii aku jalan, dengan sorang diri tanpa kawan atau sesiapa.. Takut tu memang lah ada tapi belajar la lihat dunia nanti 'batak' pulak.


Aku deactivate segala laman web yang aku ada sebaik aku quit dari U. Number fon pun aku off. Aku guna number lain untuk sementara waktu untuk contact dgn family sahaja. Facebook, twitter, ym, bb, skype and apa saja lah yang boleh menghubung aku dengan kawan2 tempat aku study. Lepas habis cuti semua budak2 U masuk balik study, semua budak2 hairan mana aku? Kenapa aku takda? Semua call aku untuk tahu dimana aku berada?  Akhirnya, bila classmate aku check name aku takde. Name aku dah quit, semua orang terkejut macam babon. Tapi, bukan aku seorang sahaja yang quit, ada beberapa orang lagi. Tapi yang mangdahsat kan keadaan adalah cuma aku seorang shja perempuan yg quit dari class tu. Haha!

Aku tahu, aku tak sepatutnya bertindak sedemikian, sebab langsung takde seorang pun tahu kedudukan aku kat mana. Even kawan2 baik pun tahu aku dimana. Lepas lama aku mendiam kan diri. Aku balik ke tempat asal aku. Itu pun sebab, Ibu aku suruh balik takut aku seronok kat tempat orang lupa pula tempat sendiri nanti. Aku pun balik rumah. Rupanyaa, ada yang mencari aku sehingga kerumah. Lelaki pulak tu. Wahhh! Aku pun terkejut bila aku sendiri dengar cerita dari abang aku. Abang aku terpaksa menipu kawan2 aku yang datang rumah aku dengan niat ikhlas nak tahu situation aku macam mana. Tapi abang aku takde call aku pulak. Haishh.

Abang aku terpaksa la kenceng kawan2 aku, 'tak ada, diaaaaaaaaaaaa duduk kat rumah makcik dia kat korea. Maaf sangat2'. Bila aku dengar abang aku cakap mcm tu aku gelak macam nak gilaa. Jauh sungguh abang aku punya terbang. Padahal aku dalam malaysia jee. Haissssh. Tapi kawan2 aku banyak sungguh soalan dekat family aku, kemana aku? kenapa aku tak study? akhirnya ibu aku menyelamatkan situation. 'Lebih baik kamu semua tanya sendiri pada tuan punya badan bila kamu dah dapat hubungi dia nanti' Akhirnya kawan2 aku pulang dengan perasaan yang hampa, setelah sebulan kawan2 aku study, aku pulang ke rumah dan berjumpa dengan kawan2 aku. Aku pergi sendiri ke U, tempat aku belajar dulu. Dengan sedikit penampilan aku yang berbeza kawan2 aku tak kenal aku dah. Yelaaaa, aku kan berkawan dengan lelaki jee, pakai simple2 sahaja, no makeup, no over dress, tak cakap kasar2 lagi dah.

Bila seorang menyapa aku 'weyhh... kau .....?' aku pun senyum, untung saja kawan2 aku kenal dengan senyuman aku. Derang pun menjerit bagai nak gilaa. Call siapa yang kenal aku atau yg mencari aku bagi tahu aku ada kat U. Hahaha! Rasa macam artis kot. Diselubungi kawan2. Haihhh, baru 4 bulan aku menghilang dah rindu aku sangat kawan2 aku nii.

Jadi aku ceritalah segalanya pada kawan2 aku dan mereka puas hati dengan cerita aku dan faham kenapa aku menghilang. Aku nak ketenangan sebab tu aku menghilang, bukan sebab putus cinta yee! Bila dah hampir setengah hari aku kat situ. Aku nak balik rumah, semua nak halang aku bagai. Haihhh, 'sini bukan tempat aku lagi' itu saja yg aku mampu kata utk mereka lepas kan aku. Tiba2 ada suara yang bertanya pada aku. 'kau datang lagi tak nanti?' aku terdiam. Sebelum aku berangkat untuk ke U aku, aku dah terniat sesuatu perkara iaitu aku mungkin tak akan kembali lagi ke sini. Kalau aku berjumpa kawan2 aku ni kat luar jelah, iu pun kalau kenal. So bila kawan aku tanya benda tu aku terdiam, dan aku cakap.



'InsyaAllah, aku tak janji aku datang lagi, tapi jangan mengharap sangat aku akan datang, dan aku mintak biar semua perkenalan kita jadi kenangan sahaja. Kalau korang nak lupa kan aku pun aku tak kisah' itu saja aku cakap, aku tak tahu pulak kata2 aku tu sedeh, sampai ada yang menangis. Haihhh. Tapi ada suara yang membalas kata2 aku tadi. 'Macam mana kami nak lupakan orang gilaa mcm hang, tak betoii macam hang, peneman sedeh macam hang, belajaq sama2 sampai subuh dengan hang, dan orang yang sentiasa senyum walau dihina, dikutuk, dperli, disisih. Orang yang sentiasa bangun dengan kaki sendiri berusaha dengan diri sendiri.' Wahhhhhhhhhhhhh! Terharu mak dengar kata2 kawan aku yang sambung menyambung memuji aku. Hadoiiii. Nak hidup buat lahh semua nyaa sendiri nok.

Then aku pun pulang lepas jumpa kawan2 baik aku, roommate aku, classmate aku, sesiapa lah yang kenal aku sebagai wanita yang bertopengkan lelaki nii! Hahahaha :)

Tapi bukan kawan2 U aku sahaja yang mencari aku bagai nak gilaa. Kawan2 aku yang lain pun mencari aku jugak. Kawan2 sekolah, kawan2 facebook, tertanya2 kemana aku menghilang, dan sehingga sekarang masih ada kawan2 aku yang tak tahu aku dah quit dari UiTM. Bila mereka tanya aku tak busy dengan assignment ke, aku jawap jee tak, bila kawan2 aku tanya aku kat mana, aku jawap jee aku kat rumah, cuti. Then derang mcm paham sendiri and tak tanya apa2 lagi dah. So after ni lepas I sambung belajar kat KL, kolej jee. Aku dah ada jawapan untuk sesiapa yg bertnaya aku diamana aku belajar sekarang.

Pengajaran nye pon ada jugak, aku tak boleh terlalu rapat dan mesra dengan kawan2 aku sangat. Tahu sangat tentang hidup aku. Lagilah, aku nii jenis misteri sikit. Hehee.

Kalau ada yang menziarahi blog nii, aku tahu korang tak mengenali aku. Tapi aku minta maaf sangat2 :'(


Mubarak Mendung

Aku adalah follow satu twitter nii. MubarakMendung namanya ataupun BijakSaneSinii. Aku sukak gilak twet2 dia yang ada TAK ADA kene mengena langsung. Kalau ada sesiapa yang menziarahi blog nii. ce la follow MubarakMendung. Tapi ada yang fake so cari2 betul la yee and bahasa diaa mungkin agak kasar kut. Tapi dia cukup famous dengan perkataan kepala jimbit  and babi dia. Haha!
Ini sebahagian aku 'cilok' dari diaa. Serius best. Enjoyy!!


Ini jee dapat tunjuk. Nak baca follow MubarakMendung okay !!


Alhamdunillah. Syukran sangat2. Family aku izin kan aku pergi ke KL untuk sambung belajar. Tapi perasaan bersalah tetap ada pada aku sebab tinggal kan ibu aku sorang2 selesai kan urusan perkhawinan abang aku. Eh ehh ! Apa guna tunang abang aku yang bakal menjadi menantu pertama dalam keluarga aku ni. Ohh. Untung saja ibu aku tak perlu kan pertolongan sesiapa. Nope! I mean, nak tolong kena ikhlas so tanak la suruh tunang abg aku buat kerja. Nak tolong, tolong saja lah. Hmm okay ibuk! hukhukhuk.


Capital L

setelah apa yang kau buat dekat aku. aku rasa aku tak patut terima kau balik. tapi aku jugak rasa aku perlukan kau. tapi kenapa kau buat mcm nii dekat aku. kau tak percaya kan aku kan.? jadi apa guna kau ungkap kan kata2 manis kau dulu tu. itu semua dusta kan. aku yang lemah percayai kau. wajah kau bukan lah suci tapi cara kau melayan aku seperti hidup ni untuk kita sahaja. itu lah sebab aku percayakan kau. kalau itu bukan sebab sekali aku tetap akan percayakan dan belajar mempercayai kau.

Bukan nama sebenar L. Aku kenal L agak lama sepanjang aku belajar di uitm. Tapii aku tak berikan segala jiwa raga aku pada L sebab aku rasa aku kena kenal L lebih dalam lagi. Aku tanak lah terbang tinggi sangat takut nanti kalau jatuh sakit sangat. L seorang lelaki yang baik. berwajah sedikit bulat, berkulit gelap manis. Dulu, semasa aku dengan L aku happy sangat. Aku bagi tahu L aku berkawan dengan ramai lelaki berbanding perempuan. Malah, mungkin aku berdua sahaja dengan lelaki tapi hanya kawan. Aku terangkan segalanya pada L. Dan L terima cara hidup aku. Tapi L pernah marah kan aku kerana aku sering keluar dengan kawan2 lelaki aku berbanding L. Dan aku tak pernah kasi tahu L bila aku nak keluar, bila L call tahu2 aku dah ada kat luar. Tapi aku tak ada la mengungkit benda lalu. Aku cuma diam bila L marah dan aku teringat yg L pernah kasi tahu L tak kesah dengan siapa saja aku kawan dan keluar. Even lelaki tu classmate aku. L tetap marah. Benarlah kata orang masa bercinta langgar batu pun batu yang dipersalahkan. Bau tahi ayam pun orang kata wangi. Itulah alam percintaan. manis sana sini. Bila putus semua pahit.

Bila aku rindu kan L pasti akan ada signal sampai cth: tiba2 aku teringat kat L dah lama tak contact, tak text L. Pasti tiba2 phone aku berbunyi caller ringtone khas kalau L call aku dan L betul2 call aku, atau aku menyanyi lagu caller ringtone phone khas tu, tiba2 phone betul2 berbunyi L yang call. Hampir setiap kali berlaku, sehinggalah aku dah clash dengan L dan sehingga sekarang L terus hubungi aku walau pun L tahu yang aku tak akan angat call L. Perkara sama tetap berlaku. Kenapa? Kadang2 aku tertanya2 pada diri aku sendiri. Aku tak pernah bagi tahu L tentang nii. apatah lagi kawan2 aku.

Satu malam aku bergurau dengan L melalui text seperti sebelum2 ni. L bergurau dengan aku melalui text juga. L call  aku dan borak2 seperti biasa. L akan banyak cerita banyak berbanding aku yang hanya mendengar cerita L dan comment. Sehingga lah aku kasi tahu L aku tade bnde dah nak cakap aku nak letak phone and nak tido. Even aku tak mengantuk. Jadi L berlagak seperti merajuk bila L tak sempat nak say bye aku dah letak phone. Then L call balik and perli aku. Disebabkan aku dah biasa diperli aku tak heran dengan perli L tu. Then L hantar text merajuk say 'sorry and tanak gangu aku lagi and sorry sebab muncul dalam life aku' and I say 'ok. me to.' 

Selalunya macam tu lah aku dengan L. Bajett merajuk then esok everything okay. We are open a new book, tapi rupanya text aku itu benar2 apa yang aku maksud kan. Sebab tiba nya L text aku then aku happy like always then kami borak2. Tibe2 something wrong somewhere apa bila orang yang aku text bukan L. then aku tanya 'ini siapa.?' so he say dia cousin L. So I'm really surprise then I'm asking his back. 'but number phone.?' and cousin L pun cerita.

Tambah kapsyen
'L kenal kan you dekat I and tunjuk facebook you dekat I and this number L dah tak guna so I yang guna. So boleh kita kawan.?' Aku pon terkejut. Tak cakap apa2 time tu teros ingat kes semalam and baca last text dari L semalam. Then aku pon reply text cousin L 'I don't think so.'. Cousin L tetap memaksa untuk berkawan. 'kita kawan sahaja lah tak ada maksud lain pun. I ada tgk fb you and I like your style. Just friend?.' then aku reply text tu 'sorry. Assalamualaikum.'
Tapi cousin L tetap tak putus asa text aku banyak kali tetap jugak nak berkawan. So sejak tu, aku lupa kan L dalam hidup aku dan aku tertanya2. Kenapa L perlu buat mcm tu bagi number lame L kat cousin dia. Then kenal kan fb aku kat cousin L. Itu ini. Aarghhh! Aku tak percaya kan L sejak dari tu.

Hampir seminggu L mendiamkan diri dan begitu juga aku. Tiba2 L call aku then msg aku guna number celcom L until now number lama L yang L kasi kat cousin L tu tak pernah text aku lagi. Tapi sejak dari kejadian tu aku tak angkat call L tak reply text L. L macam tak tahu tentang kejadian dimana cousin dia text aku dari number lama fon L. Aku pun hairan kenapa L macam tak tahu apa2 yang terjadi so L text aku and tanya aku kenapa aku tak angkat call and reply text L. Aku buntu tanpa soalan dan jawapan. Lalu aku terfikir, mungkin L berlakon/berpura jadi cousin L then text aku untuk tengok kesetiaan aku pada L. Tapi aku percaya kan L tak akan lah L nak buat mcm tu dekat aku. Tapi tak akan jugak dua2 perkara tu tak betul. Arghhh! sekali lagi aku buntu dan terus buntu

Akhirnya, kepercayaan aku terhadap L hilang terus. Aku text L and last text, dimana aku harap L tak menaggangu hidup aku lagi dan fikir kan sendiri apa yg telah L lakukan dekat aku. L terus tanya dan terus bertanya seperti tak bersalah dan tak tahu apa2 membuatkan aku yang rasa bersalah.

Sejak tu L terus berusaha call aku sehingga sekarang dengan harapan aku akan angkat call L. Tapii maaf, aku tak mungkin angkat call L sama ada L sudah ketahui perkara sebenar atau tidak atau pun L ingin memberi penjelasan. Aku tetap tak terima L kembali. Walaupun aku amat merindui L.





Betul ke apa yang aku buatt ni. Yelah aku rasa macam aku perlu buat. Then aku diterima ketempat tu. InsyaAllah lepas raya aku sambung belajar kat KL. Abang aku kenduri kahwin bulan sepuluh. Aku masuk belajar bulan sembilan. Aku cakap cakap kat mak aku. Mak aku macam jam sekejap jee. Than mak cakap kitaa tanya ayah kau dulu mcm mana. Dengan harapan yang menggunung setinggi langit aku harap family aku izin kan aku pergi sebab aku tak nak stay lama rumah tanpa buat apa2 ayah aku tak izin kan aku kerja suka tgk aku terperok kat rumah. So I think aku kena angkat kaki.

Sejak ayah aku busy urusan mak aku semua kena abang2 aku tolong. Kalau tak, tak makan lah korang tak bawak mak pegi pasar. Ayah sejak study ni busy jee sabtu ahad je ayah free tapi sama macam tak free. I apa pon tak boleh buat. Hehee

Tapi macam bersalah pulak tinggal kan mak aku sorang2 buat urusan hiasan untuk kahwin abang aku nanti nii. haihhh. tapi tu jugak peluang aku. macam mana ahhh !!??

orang nak pegi mak. Mak bagi dak ni !?? huu ~