Capital L

setelah apa yang kau buat dekat aku. aku rasa aku tak patut terima kau balik. tapi aku jugak rasa aku perlukan kau. tapi kenapa kau buat mcm nii dekat aku. kau tak percaya kan aku kan.? jadi apa guna kau ungkap kan kata2 manis kau dulu tu. itu semua dusta kan. aku yang lemah percayai kau. wajah kau bukan lah suci tapi cara kau melayan aku seperti hidup ni untuk kita sahaja. itu lah sebab aku percayakan kau. kalau itu bukan sebab sekali aku tetap akan percayakan dan belajar mempercayai kau.

Bukan nama sebenar L. Aku kenal L agak lama sepanjang aku belajar di uitm. Tapii aku tak berikan segala jiwa raga aku pada L sebab aku rasa aku kena kenal L lebih dalam lagi. Aku tanak lah terbang tinggi sangat takut nanti kalau jatuh sakit sangat. L seorang lelaki yang baik. berwajah sedikit bulat, berkulit gelap manis. Dulu, semasa aku dengan L aku happy sangat. Aku bagi tahu L aku berkawan dengan ramai lelaki berbanding perempuan. Malah, mungkin aku berdua sahaja dengan lelaki tapi hanya kawan. Aku terangkan segalanya pada L. Dan L terima cara hidup aku. Tapi L pernah marah kan aku kerana aku sering keluar dengan kawan2 lelaki aku berbanding L. Dan aku tak pernah kasi tahu L bila aku nak keluar, bila L call tahu2 aku dah ada kat luar. Tapi aku tak ada la mengungkit benda lalu. Aku cuma diam bila L marah dan aku teringat yg L pernah kasi tahu L tak kesah dengan siapa saja aku kawan dan keluar. Even lelaki tu classmate aku. L tetap marah. Benarlah kata orang masa bercinta langgar batu pun batu yang dipersalahkan. Bau tahi ayam pun orang kata wangi. Itulah alam percintaan. manis sana sini. Bila putus semua pahit.

Bila aku rindu kan L pasti akan ada signal sampai cth: tiba2 aku teringat kat L dah lama tak contact, tak text L. Pasti tiba2 phone aku berbunyi caller ringtone khas kalau L call aku dan L betul2 call aku, atau aku menyanyi lagu caller ringtone phone khas tu, tiba2 phone betul2 berbunyi L yang call. Hampir setiap kali berlaku, sehinggalah aku dah clash dengan L dan sehingga sekarang L terus hubungi aku walau pun L tahu yang aku tak akan angat call L. Perkara sama tetap berlaku. Kenapa? Kadang2 aku tertanya2 pada diri aku sendiri. Aku tak pernah bagi tahu L tentang nii. apatah lagi kawan2 aku.

Satu malam aku bergurau dengan L melalui text seperti sebelum2 ni. L bergurau dengan aku melalui text juga. L call  aku dan borak2 seperti biasa. L akan banyak cerita banyak berbanding aku yang hanya mendengar cerita L dan comment. Sehingga lah aku kasi tahu L aku tade bnde dah nak cakap aku nak letak phone and nak tido. Even aku tak mengantuk. Jadi L berlagak seperti merajuk bila L tak sempat nak say bye aku dah letak phone. Then L call balik and perli aku. Disebabkan aku dah biasa diperli aku tak heran dengan perli L tu. Then L hantar text merajuk say 'sorry and tanak gangu aku lagi and sorry sebab muncul dalam life aku' and I say 'ok. me to.' 

Selalunya macam tu lah aku dengan L. Bajett merajuk then esok everything okay. We are open a new book, tapi rupanya text aku itu benar2 apa yang aku maksud kan. Sebab tiba nya L text aku then aku happy like always then kami borak2. Tibe2 something wrong somewhere apa bila orang yang aku text bukan L. then aku tanya 'ini siapa.?' so he say dia cousin L. So I'm really surprise then I'm asking his back. 'but number phone.?' and cousin L pun cerita.

Tambah kapsyen
'L kenal kan you dekat I and tunjuk facebook you dekat I and this number L dah tak guna so I yang guna. So boleh kita kawan.?' Aku pon terkejut. Tak cakap apa2 time tu teros ingat kes semalam and baca last text dari L semalam. Then aku pon reply text cousin L 'I don't think so.'. Cousin L tetap memaksa untuk berkawan. 'kita kawan sahaja lah tak ada maksud lain pun. I ada tgk fb you and I like your style. Just friend?.' then aku reply text tu 'sorry. Assalamualaikum.'
Tapi cousin L tetap tak putus asa text aku banyak kali tetap jugak nak berkawan. So sejak tu, aku lupa kan L dalam hidup aku dan aku tertanya2. Kenapa L perlu buat mcm tu bagi number lame L kat cousin dia. Then kenal kan fb aku kat cousin L. Itu ini. Aarghhh! Aku tak percaya kan L sejak dari tu.

Hampir seminggu L mendiamkan diri dan begitu juga aku. Tiba2 L call aku then msg aku guna number celcom L until now number lama L yang L kasi kat cousin L tu tak pernah text aku lagi. Tapi sejak dari kejadian tu aku tak angkat call L tak reply text L. L macam tak tahu tentang kejadian dimana cousin dia text aku dari number lama fon L. Aku pun hairan kenapa L macam tak tahu apa2 yang terjadi so L text aku and tanya aku kenapa aku tak angkat call and reply text L. Aku buntu tanpa soalan dan jawapan. Lalu aku terfikir, mungkin L berlakon/berpura jadi cousin L then text aku untuk tengok kesetiaan aku pada L. Tapi aku percaya kan L tak akan lah L nak buat mcm tu dekat aku. Tapi tak akan jugak dua2 perkara tu tak betul. Arghhh! sekali lagi aku buntu dan terus buntu

Akhirnya, kepercayaan aku terhadap L hilang terus. Aku text L and last text, dimana aku harap L tak menaggangu hidup aku lagi dan fikir kan sendiri apa yg telah L lakukan dekat aku. L terus tanya dan terus bertanya seperti tak bersalah dan tak tahu apa2 membuatkan aku yang rasa bersalah.

Sejak tu L terus berusaha call aku sehingga sekarang dengan harapan aku akan angkat call L. Tapii maaf, aku tak mungkin angkat call L sama ada L sudah ketahui perkara sebenar atau tidak atau pun L ingin memberi penjelasan. Aku tetap tak terima L kembali. Walaupun aku amat merindui L.





No comments:

Post a Comment