Aku pernah kenal seorang lelaki yang agak baik. Hingga aku fikir aku nak serious dengan dia. Bukan nama sebenar AW. Tapi hingga satu saat bila AW nak serious dengan aku. Aku pulak mintak break ehh kenapa lahh !! sudu sangat aku nii. AW adalah lelaki yang cukup baik dari mana2 lelaki yang pernah aku kenal. Tapi aku putuskan untuk tinggal kan AW. Kenapa? Kerana. Aku bodoh. Aku akui aku cinta kan AW, sayang kan AW. AW sentiasa ingat kan aku tentang yang baik seperti solat, berdoa tentang kebaikkan. Seperti ustaz dan ustazah. Memang perkara macam ni kelakar tapi tidak pada aku. Sebab mencari lelaki baik akhlak nya dalam dunia nii payah sgt seperti mencari perempuan baik hatinya. Sebab aku fikir AW terlalu baik untuk aku. Tapi seperti aku permainkan AW. Tapi aku tade org lain selain AW. Hmm. Itu bukan sebabnya.
Cinta, sayang, suka. kalau dah perkataan pun berbeza apatah lagi maksudnya. Yaa, aku sayang dan cinta kan AW tapi aku suka kan orang lain yang aku lebih sayang dan cinta. Maaf AW. AW tak pernah mengetahui tentang hal nii sehingga sekarang aku merahsiakan nya. Hubungan aku dgn AW tak lama. Seperti aku katakan saat AW ingin serious dengan aku lepas AW selamanya.
Jadi siapa yang aku suka, sayang, cinta lebih dari AW. Tentulah dia seorang lelaki juga. Bukan nama sebenar MD diaa seorang yg aku kenal sejak kecil. Dimana aku dan MD sangat rapat umpama abang dan adek. Hubungan aku dengan MD terpisah kerana sekolah yg berbeza dan sekolah jugalah yg pertemukan aku dengan dia balik. MD seorang yang manis mulut dimana walau orang sakit hati dengan MD tapi orang tetap akn suka MD. MD tak pernah mengetahui tentang perasaan aku. Sebab aku tahu Aku hanya 'bertepuk sebelah tangan' jadii aku sentiasa rapat dengan dia biarpun hubungan aku denagn MD hanya kawan. Dimana orang mengutuk MD dengan peragainya yang kasar dan bahasa yg lepas. Tapi aku tetap senyum walau MD tetap kutuk aku jugak! Haha! Sebab MD akan pujuk aku balik dan aku rasa aku tak boleh nak merajuk dgn MD cause MD is a best friend to me! Sehingga sekarang aku dan MD hanya kawan dan aku terima seadanya sebab MD pun dah ada girlfriend dan aku tak akan masuk line kalau MD single pun.
Semua perempuan sukakan MD. Sebab MD ada tarikan yg menawan untuk perempuan. MD bukan lah seorang yg hensem. MD berkulid gelap sebab MD cukup active bersukan dan sedikit gempal. Tapi MD punyai ayat manis dan senyuman manis untuk perempuan tertarik padanya seperti aku.
Jadi apa kaitannya aku kene putus dengan AW sebab kan MD. Apa kaitan mereka ?? Yee. AW and MD adalah c****n. Itulah punca utama kenapa aku lepas AW. Tak kan aku nak kecewakan AW kerana aku suka MD iaitu c****n AW. Tindakan aku memang bodoh. MD marahkan aku kenapa kau lepas kan AW. Tapi MD tak tahu yang aku suka MD bukan AW. Dan aku takut kerana silap dan kebodohan aku MD tanak kawan dengan aku lagi sebab aku kecewakan AW. Yeee, MD mula bersikap rengang dengan aku. Tapi aku tak tahu apa MD ada niat untuk balas perbuatan aku terhadap AW. Jadi sejak tu aku sentiasa berhati bila dengan MD. Hubungan aku dengan MD mula renggang sebagai kawan. MD mula jauh sejak MD sambung belajar. Tapi aku sambung belajar pun tak pernah melupakan MD. Aku sering tanya kabar MD tapi bukan lagi AW.
MD seperti endah tak endah lagi dengan aku. Jadi aku mengambil keputusan untuk diam kan diri dari MD. Aku menyepi, seperti MD dan AW. Hanya fb mengeratkan silaturahim aku dengan MD kembali. Tapi .....
No comments:
Post a Comment